Baru saja mendirikan rumahtangga, pelakon dan penyanyi, Nur Fazura, kini berkolaborasi dengan penyanyi Indonesia yang terkenal di Perancis, Anggun C Sasmi atau lebih dikenali sebagai Anggun.

IG Fazura

Mereka bakal berduet dalam satu lagu single berjudul The Good Is Back dan khabarnya lagu tersebut akan dimuatkan dalam album solo antarabangsa Anggun yang akan dilancarkan pada Jumaat ini.

Menurut Anggun, dia memilih untuk berduet dengan Fazura kerana mereka mempunyai persamaan iaitu kedua-dua kehilangan ayah tersayang dan Anggun melihat semangat kental dalam diri Fazura dalam menghadapi dugaan itu.

IG Fazura

“Semangat itu yang kami selitkan dalam lagu yang mempunyai mesej positif ini,” tambahnya.

Di samping itu, Fazura begitu berterima kasih kepada Anggun kerana mahu bekerjasama dengannya yang masih baru dalam bidang nyanyian.

IG Fazura

Pada awalnya, dia tidak begitu yakin untuk menerima tawaran daripada Anggun kerana dia menyedari siapa dirinya jika mahu dibandingkan dengan penyanyi bertaraf antarabangsa itu.

Itulah dinamakan rezeki. Mungkin rezeki selepas berkahwin datang tanpa diduga. Tak sabar nak dengar lagu terbaru ini nanti!

Sumber: Berita Harian