Pelakon wanita diminati ramai, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 22 tahun, terkilan dengan sikap seorang pekerja butik berjenama di ibu kota yang dikatakan tidak menghormati privasi dirinya sebagai pelanggan butik itu.

Menurutnya, seorang pekerja lelaki butik itu menjerit-jerit memanggil namanya semasa dia berada dalam bilik persalinan.

IG Janna Nick

“Apa yang mereka jeritkan ‘kak Janna, kak Janna, lamanya Kak Janna Nick tukar baju’ bagi saya tidak sopan,” luahnya.

Dia juga tidak kisah jika mereka mahu bertegur sapa dengannya dan orang tahu kehadirannya di situ, tetapi bukan dengan cara seperti itu.

IG Janna Nick

“Ada banyak cara lain boleh dilakukan. Saya bukan inginkan layanan istimewa sebaliknya cukup sekadar menghormati privasi sebagai wanita dan pelanggan,” katanya.

Selepas itu, pembantu peribadi Janna cuba mencari pekerja terbabit dengan bertanya kepada pengurus dan rakan sekerja lelaki itu tetapi mereka dikatakan mengelak.

IG Janna Nick

Kemudian, pengurus butik tersebut meminta maaf kepada Janna di atas sikap pekerjanya itu. Artis pun manusia biasa yang semestinya ada perasaan seperti kita semua.

Mungkin pekerja itu juga terlalu teruja melihat Janna hingga tidak sedar kelakuannya melampaui batas.

Sumber: Harian Metro