Pelakon wanita, Sherry Ibrahim, 34 tahun, berpendapat dia tak menentang dan menjatuh hukum kepada sesiapa yang berpoligami.

IG Sherry Ibrahim

Malah, dia sendiri tak bersedia untuk berpoligami dan memberi pendapat bahawa lelaki Melayu berpoligami tidak seperti yang dituntut oleh agama.

“Bagi yang melalui situasi ini, saya menghormati cara dan pendirian mereka. Siapa saya untuk menidakkan ketentuan yang ditetapkan buat mereka?,” soalnya.

IG Sherry Ibrahim

Menurutnya, ia adalah pendapat masing-masing dan dia juga mendoakan rakan baiknya, Izreen Azminda bahagia dengan lelaki pilihannya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude.

“Mungkin ada sebab kenapa dia berahsia mengenai perkahwinannya. Saya dan sesiapa saja tiada hak untuk menjatuhkan hukum,” ujarnya.

IG Sherry Ibrahim

Pendapat setiap orang adalah berbeza, jadi kita harus menghormati setiap keputusan yang dibuat oleh mereka yang ingin berpoligami.

Sumber: Harian Metro