Kita semua maklum bahawa pelakon cantik ini sememangnya berbakat dalam bidang lakonan dan telah mempunyai banyak pengalaman berlakon walaupun masih muda.

Terbaru, Izara Aishah meluahkan perasaan di laman sosial Twitter mengenai dia tidak diterima berlakon hanya kerana tak aktif di media sosial.

“Baru tau sekarang bakat dan commitment yang sepatutnya diberi sebagai PELAKON dah tak penting,” luahnya.

Tak tahu pula kualiti lakonan sekarang diukur melalui kekerapan aktif di laman sosial diambil kira jika mahu terpilih untuk berlakon.

Walaupun begitu, Izara beruntung kerana mempunyai ramai peminat yang menyokongnya kerana melihat bakat yang ada pada dirinya.

Malah, ada yang jujur memberi komen mereka meminati Izara bukan kerana paras rupa, tetapi kerana dia berbakat dalam bidang lakonan.

Mungkin pihak berkenaan patut melihat kualiti lakonan sebelum menilai mereka dari segi lain kerana tidak semua pelakon ‘pandai’ berlakon.

Sumber: Twitter Izara Aishah