Pelakon muda, Mawar Rashid, 22 tahun, menjelaskan kemesraan yang ditunjukkan ketika meluangkan masa bersama dua anak tirinya itu bukan lakonan atau mahu menunjuk.

IG Rayyanchanelaraf

Menurutnya, dia memang rapat dengan anak tirinya, Raden Ahmad Rayyan, 6 tahun, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 2 tahun, kerana dia begitu meminati kanak-kanak.

β€œApabila menerima Raf sebagai suami, saya sentiasa berdoa diterima baik anaknya. Alhamdulillah doa saya dikabulkan,” katanya yang sudah menganggap mereka seperti anaknya sendiri.

IG Raf Yaakob

Mawar baru saja bernikah dengan pasangan pilihan hati, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 32 tahun pada awal bulan lepas.

β€œApa yang pasti saya ikhlas menyayangi mereka. Ia bukan dibuat-buat. Keikhlasan itu biarlah antara saya dan Allah saja tahu. Orang lain tiada hak menilai saya,” tambahnya.

IG Rayyanchanelaraf

Biasa la, memang susah nak tutup mulut orang yang mengata kerana mereka cemburu melihat keluarga bahagia Mawar dan Raf.

Sumber: Harian Metro