Walaupun menjadi orang terakhir tahu mengenai kehamilan isteri, naluri Norman Hakim sangat kuat mengatakan isterinya sedang hamil sebelum disahkan sediri oleh isterinya, Memey Suhaiza.

IG Norman Hakim

“Rupa-rupanya saya orang yang terakhir tahu, mama Abby Abadi, abah Jai Ezzany dan anak-anak semua dah tahu awal sebelum ni,” katanya.

IG Norman Hakim

Memey merahsiakan kehamilan itu untuk membuat kejutan kepada Norman pada Jumaat lepas dan Norman kelihatan teruja apabila mengetahuinya.

IG Norman Hakim

Walaupun isterinya ‘merahsiakan’ kehamilannya, dia dapat merasakan sesuatu yang lain pada dirinya yang dianggap sebagai ‘pembawakan budak’.

Tahniah buat Norman Hakim dan Memey! Semoga keluarga terus bahagia hingga ke syurga.

Sumber: mStar