Selepas 20 tahun menjadi fenomena dunia, filem Titanic arahan James Cameron masih meninggalkan kesan mendalam buat peminat-peminatnya.

Satu persoalan yang masih menjadi tanda tanya tentang filem ini adalah, mengapakah Jack (lakonan Leonardo DiCaprio) perlu mati dihujung filem berkenaan, sedangkan papan kayu yang dinaiki Rose sebenarnya cukup untuk dinaiki 2 orang?

Dalam satu sesi temubual oleh majalah Vanity Fair bersama pengarah filem tersebut, James Cameron menjelaskan mengapa Jack perlu mati pada babak berkenaan.

Menurut James, watak Jack perlu ditamatkan, dan jika tidak, filem Titanic tiada ertinya.

“Seandainya Jack hidup, filem ini tiada ertinya. Filem ini mengisahkan tentang kematian dan perpisahan, jadi Jack harus mati”, tambah James dalam temu bual tersebut.

Begitulah alasan mengapa Jack perlu mati, sedangkan papan kayu yang dinaiki Rose cukup untuk menampung 2 orang.

Ok.

Sumber: Vanity Fair / NY Daily News