Satu Malaysia kena ‘prank’ dengan Nabila Razali selepas berita putus cintanya bersama Aedy Ashraf hanyalah untuk mempromosikan muzik video lagu terbarunya Pematah Hati. Dalam lagu tersebut banyak kali diulang ‘cumi, cumi, cumi’. 

Apa sebenarnya maksud ‘cumi’ ni ?

Ia rupanya ringkasan “Cuba Miss Call” untuk mudah menyebutnya dan jadikan sebutan lebih sedap didengar. Ia sama seperti ‘curhat’ yang juga ringkasan curahan hati.

“Cumi bermaksud Cuba Miss Call, sama seperti Curahan Hati yang dipendekkan menjadi CurHat.

“Tiada kena mengena pun dengan makanan atau hidupan laut seperti yang sering orang salah anggap,” jelas Nabila kepada Astro Gempak.

Ohhhh, sekarang dah tahu!