Pelakon terkenal, Datuk Adi Putra telah selamat bernikah semula dengan bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, 43 tahun, pada Khamis lalu.

Berikutan itu, Adi juga dilihat memuatnaik beberapa keping gambar pernikahannya bersama isterinya di laman sosial Instagram untuk dikongsi bersama peminat.

IG Adi Putra

“Syukur pada Allah dan terima kasih kepada yang hadir dan mendoakan saya dan Aida. Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai ummah,” tulisnya di ruangan caption gambar.

Para peminat juga tak melepaskan peluang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan mendoakan semoga jodoh mereka kekal sehingga akhir hayat.

IG Nurul Zahid

Selain itu, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah turut memuatnaik gambar di laman Instagram dan mengucapkan tahniah kepada mereka.

IG Adi Putra

Terdahulu, Adi dan Aida pernah berkahwin pada 14 April 2006 sebelum Adi berpoligami dengan Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016 dan kemudiannya membuat kenyataan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan kedua-dua isterinya itu pada 23 Mac tahun lalu .

Semoga ikatan yang bertaut semula lebih erat dan kukuh. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Adi Putra dan isteri.

Sumber: mStar