Nama Ustaz Azhar Idrus tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam di negara ini kerana dia merupakan salah seorang penceramah bebas terkenal di Malaysia dengan gayanya yang bersahaja.

Terbaru, telatah isteri-isterinya di laman sosial membuatkan netizen terhibur dengan keakraban mereka sebagai isteri kepada pendakwah popular ini.

Dua hari lalu, isteri Ustaz Azhar Idrus bernama Izy Amin memuatnaik gambar suami tercintanya di laman sosial Instagram bertujuan untuk membuat ucapan kepada suami tersayang.

Gambar itu mendapat perhatian orang ramai apabila isteri Ustaz Azhar yang lain iaitu Ummi Rogayah meninggalkan komen di gambar tersebut.

Kelihatan kedua-dua isteri Ustaz Azhar berjenaka sesama mereka dengan bahagia tanpa ada sebarang sengketa.

Berikutan itu, netizen terhibur melihat telatah bersahaja kedua-dua isteri Ustaz Azhar membalas komen dengan jenaka yang mencuit hati. Comel!

Sumber: IG Izy Amin