Penyanyi muda, Haqiem Rusli, 20 tahun, merupakan seorang artis yang begitu menjaga batasnya dengan perempuan. Lihat bagaimana dia menutup aurat perempuan di laman Instagram dan hanya memuatnaik gambar dengan wanita yang menutup aurat sahaja.

Baru-baru ini, seorang peminat Haqiem berkongsi gambar dia yang sedang solat Asar di belakang pentas di tempat yang sempit dan hanya berlapikkan kain sampin.

Peminat penyanyi itu yang bernama Hafiz, 22 tahun, berada di belakang pentas kerana mahu mengambil gambar dengan Haqiem memberi ruang kepadanya untuk solat selepas berjaya mengambil beberapa keping gambar.

“Saya kagum dengan Haqiem ni. Walaupun suasana agak kelam kabut dan dirinya tidak sihat, dia tetap ingat solat. Malah dia susah ambil wuduk sebelum persembahan kerana risau terlambat nak solat Asar.” ujar Hafiz.

Pada masa itu, Haqiem baru saja tamat membuat persembahan sempena pelancaran laman web Wow Malaysia dan kemudiannnya meminta kebenaran untuk solat dahulu dengan meminjam sampin daripada salah seorang penari untuk dijadikan sejadah.

Sumber: URTV