Selepas berakhir PRU14 baru-baru ini, pengarah filem terkenal, Mamat Khalid, memberitahu dia mendapat idea daripada senario politik untuk membuat cerita komedi pada masa akan datang.

“Abang memang ada satu cerita khas untuk undi ini, tetapi apabila abang semak skrip abang takut abang kena tangkap nanti, tetapi ia cerita komedi,” katanya yang mahu membuat cerita genre komedi baru mengenai PRU14.

Malah, dia juga akan menyelitkan nilai-nilai pengajaran melalui penceritaan bagaimana tanggungjawab sebagai seorang rakyat dan tanggungjawab sebagai pemimpin besar serta berharap ia akan mendapat sambutan nanti.

“Dengan masyarakat sekarang ini yang lebih maju dan lebih faham abang akan buat juga cerita undi ini yang abang rasa banyak insiden yang lucu mencerminkan bagaimana kita rakyat begitu ghairah memilih tampuk kepimpinan baru,” jelasnya.

cari.com.my

Difahamkan, Mamat sudah empat kali mengundi dan pada tahun ini dia mengundi di pusat mengundi Sekolah Rendah Agama Sungai Rokam, Perak, bagi mengundi untuk kawasan Parlimen Gopeng dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat.

Sumber: Berita Harian