Setelah lama berteka-teki, pelakon kecil molek, Sari Yanti, memuatnaik gambar yang menunjukkan saiz perutnya yang besar dari biasa di laman sosial Instagram.

Sebelum ini, ramai yang meneka bahawa pelakon tersebut sedang hamil namun tiada kenyataan dikeluarkan olehnya mahupun suami, Jep Sepahtu.

Dua hari lalu, Sari Yanti memuatnaik gambar dia terjumpa rakan artis iaitu Johan Raja Lawak dan isteri di hospital.

“Alhamdulillah semua baik baik je, terima kasih doakan kami. Kakak awak checkup hari ni, terjumpa @jozlynnhanania,” tulisnya di ruangan caption gambar.

Berikutan itu, para peminat tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada Sari Yanti dan Jep dan ada yang sudah tidak sabar untuk melihat anak mereka nanti.

Semoga semuanya berjalan lancar untuk pasangan ini dan tak sabar rasanya untuk tahu jantina bayi yang bakal lahir ini. Tahniah Sari Yanti dan Jep!

Sumber: Astro Gempak