Setiap orang pasti mempunyai impian masing-masing yang ingin dijadikan kenyataan setelah berjaya. Artis juga tak terkecuali untuk memasang impian seperti orang lain termasuklah pelawak terkenal, Shuib Sepahtu.

Shuib dilihat memuatnaik gambar dirinya bersama sebuah kereta mewah yang dikatakan amat sikit bilangannya di negara ini iaitu kereta mewah jenama Lamborghini.

Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib, 34 tahun, secara berseloroh berkata dia berjaya mengambil gambar bersama kereta idamannya hasil perniagaan menjual madu.

IG Shuib Sepahtu

Menurutnya, dia bersyukur dapat mengambil gambar dengan kereta idamannya itu. Dia berharap ia dapat memberi inspirasi kepada orang ramai di luar sana supaya bekerja keras untuk mencapai impian mereka.

Sumber: mStar