Menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah merupakan impian semua umat Islam namun tak semua berpeluang untuk merasainya. Ada yang diberi kesempatan untuk menunaikan umrah dan ada juga yang sudah dijemput Illahi sebelum sempat ke sana.

Pengacara rancangan MeleTOP, Nabil Ahmad, menaja tiga orang peminatnya ke Mekah bagi menunaikan umrah semalam hingga 23 Mei depan.

Tiga orang peminat itu ialah Zaharah Teh, 69 tahun, Zaime Abu Yamin, 47 tahun, dan Mohammad Shahrul Mohammad Nazal, 27 tahun.

“Bukan mahu mebunjuk atau riyak, saya cuma mahu membantu dan melaksanakan hasrat mereka yang mahu menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah, saya bersyukur impian saya tercapai,” katanya sambil memberitahu dia pernah ditaja ke Tanah Suci sebelum ini dan mahu memberi peluang kepada orang lain untuk merasainya pula.

Tiga orang peminat tersebut hanya perlu membayar duit pendahuluan RM3,000 sahaja dan kos selebihnya ditanggung oleh Nabil.

Menurut Nabil, dia anggap ini adalah petanda diberikan oleh Allah kepadanya untuk dia berkongsi rezeki dengan peminatnya. Sebagai balasan, Nabil hanya meminta peminat mendoakan kejayaan dan keberkatan dirinya dan keluarga di dunia dan akhirat.

Sumber: Astro Gempak