Dulu dikenali sebagai pelakon aksi, Adam Corrie Lee membuat keputusan untuk berhijrah menjadi saudara baru atau mualaf membuatkan dia menjadi perhatian orang ramai pada ketika itu.

Beberapa hari lalu, Adam meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang mempersoalkan penghijrahannya dan berpendapat ia untuk kepentingan dirinya sendiri.

Berikutan itu, dia menjelaskan perasaannya apabila berhijrah ke agama Islam di laman sosial Twitter. Baginya, kalimah syahadah bukan sekadar ucapan.

“Jika ketika kita sebut nama Allah dan lafaz syahadah tak de perasaan dan tak rasa getarannya .. kita kena semak semula hati kita. Takut hati kita dah hitam dan mati,” jelasnya.

Menurutnya, dia berharap perkongsian yang dikongsikan dapat memberi inspirasi kepada saudara baru atau mualaf di luar sana untuk menjadi seorang muslim yang baik.

Sumber: Twitter Adam Corrie