Pelakon dan pengacara cantik manis, Mira Filzah, 25 tahun, menyediakan biasiswa Mira Filzah sebanyak RM1.3 juta kepada mereka yang ingin belajar jurusan Keusahawanan Kecantikan (Beauty Entrepreneurship) di Aesthetic Skin International Institute, Bandar Sunway.

inform4simedia.blogspot.my

Difahamkan, biasiswa itu antara kerjasama Mira dengan Aesthetic Skin International Institute agar dapat membantu mereka yang meminati bidang kecantikan dan pelajar terbaik akan diberikan modal perniagaan.

“Saya mahu orang sekeliling dapat peluang menuntut ilmu dan kejar cita-cita serta kerjaya. Peluang bekerjasama dalam projek ini sesuatu yang mengujakan. Kalau boleh, saya mahu ramai yang berjaya,” ujarnya.

twitter.com

Untuk pengetahuan anda, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perniagaan Antarabangsa Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Diharap lebih ramai yang berminat untuk belajar dan merebut biasiswa berjumlah jutaan ringgit itu. Bukan senang nak dapat biasiswa sekarang ni.

Sumber: Harian Metro