Penyampai berita terkenal, Ras Adiba Radzi, meluahkan rasa terharu apabila dia diberikan bantuan kerusi roda yang boleh membuatkan dia berdiri.

Dia bersyukur mendapat bantuan yang membuatkan impiannya tercapai iaitu dapat berdiri setelah lima tahun menunggu detik bermakna dalam hidupnya itu berlaku.

IG Ras Adiba Radzi

“Lima tahun lalu saya berdoa agar dapat memilikinya. Setelah sekian lama tidak dapat berjalan, saya kepingin untuk berdiri walaupun ianya untuk sejenak,” katanya.

Perkongsian gambar itu di laman Instagram membuatkan ramai yang memberi sokongan serta kata-kata semangat kepada Ras.

IG Ras Adiba Radzi

Terdahulu, Ras pernah mengalami kemalangan jalan raya pada tahun 1995 hingga menyebabkannya koma disusuli kes dia diserang sekumpulan lelaki di hadapan kediaman keluarganya hingga menyebabkan kecederaan serius pada tahun 2001 dan dia juga pernah terjatuh ketika mengambil barang di dalam almari rumahnya hingga menyebabkannya lumpuh, setahun selepas itu.

Sumber: Astro Gempak