Pemain Liverpool kelahiran Mesir, Mohamed Salah, 25 tahun, berjaya menamatkan Liga Perdana Inggeris dengan bergaya apabila memenangi anugerah Kasut Emas hasil rekod gol perlawanan paling banyak iaitu sebanyak 32 gol dalam kelab Liverpool.

twitter.com

Selepas mendapat anugerah tersebut, Salah dilihat memuatnaik tweet “”Golden Boot? Come here to daddy,” yang bermaksud “Kasut Emas? Mari kepadaku,” dan memperoleh 57,013 Retweet dan 206,128 Likes di laman Twitter.

Difahamkan, gol penyudah pemain berbisa itu menjadikan Salah pemegang rekod jumlah gol perlawanan terbanyak dalam 38 kempen perlawanan.

twitter.com

Menurut laporan Give Me Sport, Salah telah mencatatkan jaringan sebanyak 44 gol dan membantu 16 gol dalam 51 perlawanan menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada 26 Mei ini.

Selain itu, dia juga menerima pelbagai anugerah individu lain seperti Pemain Terbaik PFA dan Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris.

Sumber: mStar