Walaupun kita berpuasa sepanjang hari, kita masih lagi bekerja seperti biasa dan rutin harian juga tak banyak yang berubah kecuali tidak boleh makan pada waktu siang.

Pasti ramai yang mahu kekal bertenaga sepanjang hari supaya dapat melakukan kerja dengan baik dan tak lesu. Berikut adalah tips untuk anda kekal bertenaga sepanjang puasa:

1. Makan protein dan fiber

Pilihan makanan semasa berbuka dan bersahur haruslah mempunyai banyak khasiat seperti protein dan fiber yang bagus untuk tubuh badan. Makanan mempunyai fiber yang tinggi membuatkan anda berasa kenyang sepanjang hari dan melancarkan penghadaman perut anda.

2. Air

Everyday Health

Anda harus minum air dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari dan merupakan salah satu cara untuk melancarkan penghadaman, tekanan darah, otot, tisu badan dan menyerap nutrisi.

3. Pilih makanan berkhasiat

Kawal nafsu anda dengan mengurangkan makanan berlemak dan manis. Tetapi, pilihlah makanan yang mempunyai pelbagai nutrisi berkhasiat seperti protein, mineral, vitamin serta karbohidrat.

Sumber: Wanista