Ramai orang mengambil ringan mengenai cara pemakanan semasa bulan Ramadan. Sahur penting untuk membekalkan tenaga kepada anda sepanjang masa, jadi anda harus memilih makanan dan minuman dengan betul agar dapat memberi khasiat kepada badan anda.

Anda harus tahu minuman apa yang tak sesuai untuk sahur dan perlu elak lima jenis minuman di bawah ini:

1. Minuman berkarbonat

natureworldnews.com

Minuman berkarbonat memang sedap diminum ketika sedang dahaga kerana ia sungguh manis dan bergas. Namun, minuman jenis ini tak sesuai diminum ketika sahur kerana kadar gula dalam darah anda akan meningkat naik dengan cepat dan perut anda mudah kembung kerana gas dari minuman tersebut.

2. Minuman berperisa susu

evolvecreative.london

Minuman berperisa dicampur susu juga memiliki kandungan gula yang banyak seterusnya akan membuatkan anda lebih cepat berasa dahaga. Lebih baik anda minum susu rendah lemak kerana ia boleh membantu anda berasa kenyang.

3. Minuman buah dalam tin

foodsaketokyo.com

Minuman buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi. Lebih baik jika anda minum jus buah-buahan yang lebih menyihatkan.

4. Minuman mengandungi kafein

womancore.net

Ramai tahu bahawa minuman mengandungi kafein mempunyai banyak keburukan dari kebaikan. Ia akan membuatkan anda berasa letih kerana sukar untuk tidur dan akibatnya, anda akan cepat berasa dahaga semasa puasa nanti.

5. Teh manis

foxnews.com

Lebih elok jika anda menggunakan madu dari gula biasa untuk membuat air teh. Air ini lebih sesuai diminum semasa berbuka berbanding sahur.

Lebih baik jika kita banyak minum air kosong kerana ia memberi banyak kebaikan kepada badan berbanding air jenis lain.

Sumber: IDN TIMES

ARTIKEL BERKAITAN:
5 Bazar Ramadan Popular Sekitar Lembah Klang
3 Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa
4 Makanan Popular Di Bazaar Ramadan
5 Jenis Kurma Popular Di Malaysia