Bila bulan puasa semakin hampir, pelbagai resepi dikongsi di laman sosial untuk persediaan menghadapi bulan Ramadan.

Seorang pengguna Facebook, Putri Bungsu, berkongsi resepi pencuci mulut enak iaitu Mango Float Masam Manis.

Bahan

1 cawan whipping cream
1/2 tin susu pekat manis (nak manis letak lebih)
200gm cream cheese
1/2 peket biskut cream cracker
4 biji mangga (dihiris memanjang)
2 keping biskut cream cracker (hancurkan)
Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuainya
Aluminium foil
Susu segar (untuk rendam biskut bagi lembut)

Cara-cara

– Putar Whipping cream hingga pekat, masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi. Ketepikan sebentar.
– Sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil.
– Rendam biskut didalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut didalam loyang.
– Masukkan adunan cream cheese dan ratakan.
– Kemudian aturkan hirisan mangga diatasnya.
– Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan.
– Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan diatas bahan tadi.
– Masukkan ke dalam freezer dalam 3 jam sekurang-kurangnya, dan kemudian Mango Float boleh dimakan.
– Selamat mencuba!

Sumber: Fb Putri Bungsu