Beberapa hari saja lagi kita akan menyambut bulan Ramadan dan pastinya ramai umat Islam seluruh dunia ternanti-nanti bulan penuh mulia ini.

Ada di antara kita sudah siap sedia menyimpan beberapa resepi untuk buka puasa dan sahur bagi menjimatkan masa. Apa kata kita mencuba resepi air dragon mix fruit yang tular di laman sosial ini untuk berbuka puasa bersama keluarga nanti:

Bahan

Buah naga merah
Buah mangga masak
Anggur manis
Laici tin (sekali air)
Susu pekat manis
Air masak
Ais

Cara-cara

– Semua buah dipotong dadu.

– Campurkan semua bahan-bahan dan masukkan ais.
– Siap untuk dihidang! 🙂

Sumber: Fb Nur Yushanun Yusof