Memandangkan kita bakal menyambut bulan Ramadan, anda pasti memerlukan beberapa jenis pes yang penting supaya anda dapat masak dengan pantas untuk berbuka dan juga bersahur.

Seorang pengguna Facebook, Awien Ariff, berkongsi resepi enam jenis pes makanan berguna untuk anda pada bulan Ramadan yang bakal tiba nanti:

1. Pes Cili Kering

– Rebus Cili Kering dulu.
– Blend Cili Kering, Bawang Besar, Bawang Putih
– Cili kering lebih kurang 1/2 kilo, Bawang Besar 4biji, Bawang Putih (10biji).
– Kisar semuanya dan simpan dalam peti ais.
– Tambah satu sudu minyak masak supaya pes tahan lama sehingga sebulan.
– Sesuai digunakan untuk Bihun Goreng, Mee Goreng, Kuew Teow Goreng, Maggie Goreng, Nasi Goreng, Asam Pedas serta pelbagai jenis masakan bersambal contohnya sotong, udang, ayam, ikan dan sebagainya.

2. Santan perah

– Perah kelapa hingga keluar santan segar dan letak ke dalam plastik atau bekas botol, kemudian bungkus dan masukkan ke dalam peti ais.

3. Pes Ikan Bakar

– Blend Serai, Halia, Lengkuas, Kunyit Hidup, Bawang Besar, Bawang Putih, Cili Kering
– Balance kan semua bahan-bahan tetapi letak serai lebih sikit.
– Setelah siap, masak sambal dulu sebelum masukkan ke dalam peti ais.
– Sesuai digunakan untuk Ikan Bakar, Rendang (Ayam, Daging, Kerang), Masak hitam, Kerutuk, Kuzi, Ayam Masak Merah dan banyak lagi.

4. Pes Masak Lemak

– 3 biji Bawang Besar
– 8 biji Bawang Putih
– Seketul Halia
– Sebiji Kunyit Hidup
– Cili Hijau (Ikut nak pedas mana)
– Sesuai untuk semua jenis masak lemak seperti ayam, daging dan sebagainya.

5. Pes Cili Api

– 20 biji cili api/akar
– 10 biji bawang merah
– 5 biji bawang putih
– Sesuai untuk masakan seperti Nasi Goreng, Bihun Goreng, Mee Goreng, Maggie Goreng, Sambal ayam hijau, Ikan Sambal Cili Api dan semua jenis tumis boleh guna pes ini.

6. Pes Kari Ayam

– 20 biji bawang merah
– 10 biji bawang putih
– 3 inci halia (lebih kurang seketul)
– 2 inci kunyit hidup (lebih kurang seketul)
– 3 paket kecil serbuk kari ayam
– Sesuai untuk semua jenis kari seperti kari ayam, daging, ikan, telur dan sebagainya.

Sumber: Fb Awien Ariff