Selepas mendapat pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V beberapa hari lepas, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bakal dibebaskan tengahari esok terus daripada hospital.

mothership.sg

“Jadi, jangkaan kita (pembebasan) sekitar tengah hari esok sebelum perhimpunan pada sebelah petang di Petaling Jaya,” kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Isnin lalu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Dahlan Ab Aziz, memberi kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan supaya semua prosedur berkaitan prosiding Lembaga Pengampunan Diraja untuk Anwar dimuktamadkan pada hari Rabu.

Sebelum ini, Anwar dijadualkan bakal dibebaskan pada 8 Jun ini tetapi dia mendapat pengampunan awal setelah menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Sumber: mStar