Pelbagai berita kita dengar sejak kebelakangan ini yang berkaitan dengan negara kita. Antara berita terbaru ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meletak jawatan pada pagi tadi.

Ketua SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, 50 tahun, menyerahkan surat perletakan jawatan itu kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) hari ini.

nst.com.my

“Ya surat letak jawatan telah diserahkan kepada KSN pagi ini,” ujar sumber kepada pihak mStar.

Sebelum ini, Dzulkifli dilantik bagi menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1 Ogos 2016.

Difahamkan, Dzulkifli bakal digantikan dengan Abu Kassim semula selepas dia meletak jawatan hari ini namun ia belum diputuskan secara rasmi lagi.

Sumber: mStar