Dalam dunia yang mencabar ini, jarang kita dapat melihat orang membuat kebaikan betul-betul di depan mata kita. Orang sekarang lebih banyak mengambil gambar dari membuat sesuatu untuk membantu mereka yang sedang dalam kesusahan.

Kisah seorang anak muda memberi selipar kepada seorang pakcik yang berkaki ayam di dalam tren semalam tular di laman sosial Twitter.

Anak muda itu bernama Sharul Hafidz menceritakan kisah dirinya menolong seorang pakcik yang kelihatan menggigil serta berkaki ayam di dalam tren dinaikinya.

Pada mulanya, dia teragak-agak untuk menolong pakcik itu kerana dia takut menganggu masalah yang dihadapi pakcik tersebut.

Kemudian, dia bertekad untuk bertanya kepadanya di mana seliparnya sehinggakan dia terpaksa berkaki ayam seperti itu.

Dia terkejut apabila pakcik itu memberitahu seliparnya hanyut dibawa arus longkang semasa pergi solat Maghrib. Tanpe berlengah Sharul memberi selipar kepunyaannya kepada pakcik itu.

“Dik nah akak bagi ‘gula-gula’ kat adik sebab tolong pakcik ni. Kesian pakcik tu sejuk takda selipar, yang lain semua ketawakan dia” tegur seorang wanita yang memberinya wang RM50 atas tanda berterima kasih dan memintanya beli selipar baru kerana sudi menolong pakcik itu.

Selepas itu, Sharul bukan saja dapat membeli selipar baru, tetapi dapat membeli air minuman kegemaran Hershey’s dengan duit tersebut.

Kemudian, dia sempat bermuhasabah diri mengenai kejadian yang berlaku itu. Dia berharap pakcik itu gembira dengan pertolongannya seperti dirinya gembira ditolong semula oleh wanita yang memberinya “upah” tadi.

Ramai warga laman sosial Twitter memuji kebaikan Sharul dan berterima kasih kepadanya kerana menjadi inspirasi kepada mereka untuk menolong orang dalam kesusahan.

Hari ni kita tolong orang, mana tahu esok lusa kita diuji dan memerlukan pertolongan orang pula, kan?

Sumber: Twitter Sharul Hafidz